Pengecasan Buat Kali Pertama
Apabila anda membeli telefon pintar baru, proses pengecasan
bateri adalah perkara paling utama dan pertama sekali perlu dilakukan. Sebaik
sahaja anda keluarkan telefon canggih dari plastik dan kotak, anda perlu
mengecas bateri sehingga semua sel bateri dihidup dan diaktifkan. Lakukan
pengecasan pertama kali dalam tempoh yang telah disyorkan dalam buku manual
yang disediakan.
Pengecasan bateri selama 8 jam adalah diperlukan untuk telefon
model lama yang menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd, dan bateri jenis
Lithium tempoh pengecasan pertama adalah selama 3 jam. Kebanyakkan telefon pintar
menggunakan bateri jenis Lithium.
Pengecasan Dilakukan Ketika Bateri Habis
Guna Bateri perlu dicas ketika ia sudah berada di tahap
kritikal. Ada sebab sistem notifikasi amaran bateri digunakan dalam telefon
pintar, ia adalah untuk ingatkan anda cas bateri telefon. Elakkan cas bateri
telefon pintar ketika ia masih lagi boleh digunakan, ini adalah kerana untuk
mengelakkan sel-sel dalam bateri kehilangan kekuatannya.
Pengecasan Dilakukan Dengan Menutup Telefon
Tutup atau off telefon pintar anda ketika melakukan pengecasan.
Jangan ganggu proses pengecasan bateri telefon dengan menghidupkannya kerana
sel-sel bateri akan terganggu dengan aliran elektrik keluar masuk dan
penggunaan tenaga. tips penjagaan bateri telefon pintar lebih lama.
Cekap Guna Bateri
Anda sepatutnya sedar bahawa telefon pintar mempunyai kapasiti
untuk memuatkan pelbagai aplikasi. Aplikasi-aplikasi ini pula memerlukan sumber
tenaga berterusan, seperti wifi, bluetooth, notifikasi push-email, push sms dan
sebagainya. Jika anda tidak menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut secara
berterusan, maka hendaklah anda padam fungsi atau tutup aplikasi tersebut bagi
mengelakkan ia menggunakan lebih banyak tenaga dari bateri.
Antara fungsi telefon pintar yang akan 'makan' bateri adalah
seperti fungsi getaran, gps, tahap kecerahan bateri, tahap suara (volume),
screen saver, wifi dan juga pencarian signal telekomunikasi.
Elak Terlebih Cas
Setiap telefon pintar, apabila proses pengecasan telah tamat, ia
akan berikan notifikasi untuk tutup suis dan mencabut palam pengecasan. Jangan
ambil sikap tidak peduli. Apabila telah lengkap proses pengecasan, sila tutup
aliran elektrik dan cabut palam cas dari telefon pintar anda. Untuk lebih
selamat, tutup fungsi pengecasan sebelum ia sampai ke tahap 100 peratus
pengecasan.
Jika tidak, anda sebenarnya memberikan over-charging pada bateri
dan ia akan membunuh secara senyap sel-sel aktif di dalam bateri. Elakkan
mengecas bateri ketika anda ingin masuk tidur - penting kerana ramai yang buat
cara ini untuk cas bateri telefon pintar mereka.
Elak Guna Telefon Ketika Bergerak
Tenaga bateri akan lebih banyak digunakan ketika anda
menggunakan telefon pintar anda dalam keadaan bergerak. Adalah lebih baik jika
hendak menggunakan telefon pintar, anda berada di dalam keadaan statik.
Contohnya ketika dalam perjalanan atau memandu, berhenti dahulu dan barulah
guna telefon anda. Cara nak bagi bateri telefon tahan lebih lama Tenaga dalam
bateri akan digunakan lebih berganda ketika bergerak kerana mahu mencari
isyarat telekomunikasi, apatah lagi andai anda menggunakan 3G atau melayari
internet.
Hanya Guna Pengecas Original
Hanya pengecas original yang tahu had aliran arus yang
sepatutnya untuk bateri anda. Penggunaan sebarangan pengecas akan membuatkan
bateri cepat haus dan memori dalam bateri mudah rosak kerana perbezaan aliran
serta mode sesebuah pengecas bateri.
Elak Pengecasan Dalam Kenderaan
Aliran elektrik dalam kereta adalah sangat tidak stabil. Jangan
cas bateri telefon pintar anda menggunakan pengecas mobiliti untuk kenderaan
menggunakan port 'pemetik api'. Buat pengecasan di tempat sepatutnya. Jika
dalam perjalanan dan telefon pintar habis bateri, sila cas di kawasan berhenti
rehat dan rawat (RnR), malah ada kawasan disediakan perkhidmatan pengecasan
bateri ini.
Sehebat mana sekalipun sebuah telefon pintar, ia masih lagi
memerlukan manusia untuk memastikan ia hidup dalam kepintarannya. Maka
kawan-kawan, jangan malas untuk ambil kisah mengenai tip penjagaan bateri
telefon pintar anda. Andai mahu ia tahan lama, maka pastikan baterinya terjaga
untuk membolehkan ia tahan lama, supaya nilai wang yang anda laburkan tidaklah
nanti jadi satu sia-sia ehh ....
Selamat mencuba.

