Pada zaman sekarang internet sudah menjadi keperluan dalam
kehidupan kita. Jika dulu internet hanya digunakn untuk mencari maklumat
sahaja. Kini penggunaanya lebih meluas termasuk bersosial, membaca berita,
maklumat cuaca, menonton movie dan banyak lagi yang boleh dilakukan dengan
internet.
Namun, semuanya bukanlah boleh didapati dengan percuma.
Terutamanya pemilik smartphone yang terpaksa melanggan plan data untuk melayari
internet yang agak terhad penggunaan datanya. Namun, kita boleh menjimatkan
penggunaan data dengan beberapa langkah seperti dibawah.
Setkan Limit Penggunaan Data Pada smartphone.
Setkan Limit Penggunaan Data Pada smartphone.
Jika anda perasan pada telefon pintar anda terdapat satu fungsi
khas yang boleh setkan limit penggunaan data anda. Dari situ kita boleh
mengatahui berapa banyak penggunaan dan lebih berhati-hati apabila berada di
paras amaran. Namun sesetengah smartphone Android tidak memiliki fungsi
tersebut. Walaupon begitu, terdapat pelbagai aplikasi Android yang boleh
digunakan seperti My Data Manager yang boleh di Download secara percuma.
Matikan Aplikasi Yang Menggunakan Internet Tanpa Kita Sedari.
Pelbagai aplikasi seperti aplikasi cuaca, Google play, Aplikasi
sosial dan sebagainya akan sentiasa mencapai internet tanpa kita sedari bagi
mengemaskini maklumat terkini pada smartphone kita. Fungsi ini dapat dimatikan
dan hanya berfungsi sekiranya terdapat sambungan Wifi. Caranya dengan pergi di
bahagian Setting, Data Usage dan hidupkan Restrict Background Data dengan
menekan butang tiga titik pada bahagian atas.
Kurangkan Menonton Video Online Ketika Menggunakan Data.
Menonton video di YouTube atau sebagainya adalah punca terbesar
mengapa data internet kita tidak mencukupi. Cuba elakan menonton Youtube
menggubakan data internet. Sekiranya terpaksa anda boleh matikan fungsi Video
HD di Youtube. Caranya dengan pergi di bahagian Setting pada YouTube, General
dan Hidupkan Limit Mobile Data Usage.
Kurangkan Penggunaan Data Internet di Chrome.
Selain YouTube, Google Chrome juga merupakan aplikasi yang
menggunakan banyak Data Internet untuk melayari laman web dan sebagainya.
Google telah menyediakan satu fungsi khas di Chrome untuk jimatkan data anda.
Anda hanya perlu pergi di bahagian Setting pada Chrome dan hidupkan fungsi
Reduce Data Usage. Menurut Google, fungsi ini akan menjadikan saiz halaman web
yang anda layari akan menjadi lebih kecil.
Akses Kepada Wifi Sekiranya Ada.
Anda tidak perlu menbuka data internet anda 24 jam sehari.
Terdapat banyak tempat-tempat yang menawarkan Wifi percuma termasuk di tempat
kerja, kedai makan, tempat-tempat awam dan banyak lagi. Pastikan anda sentiasa
kepada Wifi berbanding data Internet sekiranya ada .















